Sejarah penuh syarikat Nintendo, dari kelahiran sehingga kini

Nintendo Co. Ltd



Gambar hiasan

Syarikat Nintendo Co. Ltd atau sering di sebut Nintendo adalah sebuah syarikat multinasional dari Jepun yang telah menghasilkan permainan video dan juga konsol yang cukup popular didunia. Syarikat yang bertempat di Kyoto, Jepun ini telah menjadi sebuah syarikat yang cukup berpengaruh dalam industri permainan video malah ia merupakan antara syarikat Jepun yang paling berharga dan berjaya. Nintendo juga terkenal dengan watak ikon permainan video mereka iaitu Super Mario yang telah mengangkat nama syarikat itu hingga ke hari ini.


Sejarah awal Nintendo sebagai penjual kad permainan

Kedai pertama Nintendo

Nitendo telah ditubuhkan di pinggir jalan Kyoto pada 23 september 1889 dengan jenama Nintendo Koppai. Ia ditubuhkan oleh seorang usahawan bernama Fusajiro Yamauchi. Pada awal penubuhannya, Nintendo memulakan perniagaan dengan menjual kad permainan buatan tangan yang berwarna terang dan diberi nama Hanafuda. Kad-kad yang dihasilkan beliau mendapat sambutan yang cukup luar biasa terutama oleh para yakuza ketika itu. hal ini disebabkan, kerajaan Jepun ketika itu menutup akses untuk barangan import terutama barangan yang melibatkan perjudian termasuklah kad permainan. Dengan itu, para yakuza ketika itu menggunakan kad Hanafuda buatan Fusajiro Yamauchi untuk digunakan sebagai alat bermain judi.

Kad Hanafuda

Dengan permintaan yang tinggi untuk kad Hanafuda tersebut, ia telah memaksa Fusajiro Yamauchi merekrut lebih ramai pekerja untuk memenuhi permintaan ketika itu. Penjualan kad Hanafuda ini telah menjadi titik permulaan kepada jenama Nintendo di Jepun.


Persaraan Fusajiro Yamauchi dan perusahaan keluarga



             

Fuusajiro Yamauchi dan Sekiryo Yamauchi
Gambar dari Twitter José Luis Antúnez

Kejayaan syarikat Nintendo Koppai sebagai penjual kad permainan terus ko  kukuh hingga separuh abad berikutnya. Pada 1927, Fusajiro Yamauchi telah bersara pada usia 70 tahun dan diganti oleh anak buahnya Sekiryo Kaneda (Telah merubah namanya kepada Sekiryo Yamauchi). Sekiryo Yamauchi telah menjenamakan semula syarikat itu kepada Yamauchi Nintendo & Companay dan telah membentuk pengedar kad bernama Marufuku Company. Ldt pada 1933.

Hiroshi Yamauchi

Setelah 20 tahun memimpin syarikat, Sekiryo menderita strok pada 1949 yang memaksanya untuk bersara. Beliau telah melantik cucunya yang bernama Hiroshi Yamauchi yang ketika itu berusia 21 tahun untuk meneruskan perusahaan keluarganya itu. 


Awal kepimpinan Hiroshi agak kacau apabila berlaku mogok oleh pekerja di syarikat itu kerana Hiroshi yang dianggap kurang pengalaman. Ditambah pula, Hiroshi membuat kejutan dengan memecat pekerja yang melanggarnya serta mencipta dasar baharu. Walaupun begitu, agak mengejutkan kerana usaha awalnya itu berjaya dengan cemerlang.

Pada 1933, syarikatnya berjaya membawa semula kad permainan dari barat ke Jepun yang sebelum ini telah disekat oleh kerajaan. Pada 1953 pula, Nintendo telah bekerjasama dengan syarikat Disney untuk menggunakan watak-watak dari dunia Disney pada produk kad baharu mereka. Kerjasama ini ternyata telah memberi kejayaan yang cukup besar buat Nintendo. Selain itu, Hiroshi telah membantu menaikkan syarikat awam ke pasaran saham di Jepun.


Penjenamaan semula syarikat dan kejatuhan

Nintendo Co. Ltd

Semasa pemerintahan Hiroshi, beliau telah menukar nama syarikat daripada Yamauchi Nintendo & Company Kepada Nintendo Karuta. Pada 1963, Nintendo Karuta dijenamakan pula sebagai Nintendo Co. Ltd sehingga ke hari ini. Penjenamaan ini adalah usaha nintendo untuk melebarkan jenama syarikat itu ke bidang-bidang yang lain seperti Teksi, hotel Cinta (Love hotel) dan industri makanan. Namun usaha ini tidak mendapat sambutan, malah produk penjualan kad mereka juga semakin menurun. ketika itu, syarikat Nintendo Co. Ltd perlu membuat perubahan bagi mengelakkan syarikat itu daripada muflis.


Gunpei Yokoi dengan Ultra Hand ciptaannya

Gunpei Yokoi dan permainan ciptaannya Ultra Hand

Gunpei Yokoi ialah seorang jurutera penyelenggaraan yang bekerja di kilang pembuatan kad milik Hiroshi. Hiroshi ketika melawat kilang kadnya itu terlihat Gunpei Yokoi sedang bermain dengan tangan memanjang (Extending arm) yang direka dan dicipta beliau. Hiroshi sangat kagum dengan penciptaan tersebut lalu mengarahkan beliau untuk melakukan pengeluaran permainan tersebut secara besar-besaran. Permainan tersebut diberi nama Ultra Hand atau Urutora Hando.


Nintedo Co. Ltd menjadi pengeluar permainan

Antara produk Gunpai Yokoi yang laris dipasaran Jepun, Ultra Machine
Gambar oleh 
beforemario

Pengeluaran Ultra hand dengan pantas berjaya dan mebawa keuntungan kepada syarikat. hal ini, telah membuatkan Hiroshi menukar hala tuju syarikat untuk berkecimpung dalam dunia permainan pada 1964. Gunpei Yokoi terus diberi kepercayaan apabila beliau diangkat menjadi ketua di bahagian Games and Setup untuk menyelia pembangunan produk seterusnya. Beliau telah menghidupkan dan memberi nafas baharu untuk syarikat Nintendo sehingga syarikat itu menjadi gergasi dalam industri permainan di Jepun. Kejayaan Nintendo juga telah menjadikan pemiliknya Hiroshi Yamauchi sebagai manusia terkaya di Jepun ketika itu.

Nintendo terus konsisten dalam penjualan permainan mereka yang pelbagai malah mereka turut bekerjasama dengan beberapa syarikat dalam dan luar Jepun untuk penghasilan produk permainan baharu.

Tahun-tahun berikutnya, mula bermunculan syarikat lain bagi menyaingi Nintendo dalam kancah industri permainan malah sekitar 1973 telah berlaku krisis minyak yang mengganggu pengeluaran produk sehingga mengakibatkan syarikat itu kerugian berbilion Yen. hal ini, telah memaksa Nintendo untuk mencari pasaran lain demi mengekalkan penguasaan sebagai salah sebuah syarikat gergasi Jepun.


Permulaan era permainan video Nintendo

Gambar oleh Pavel Danilyuk


Pada 1973, Nintendo mula merilik dalam industri permainan arked. Gunpei Yokoi sekali lagi dipromosikan kali ini kebahagian Nintendo Product and Development. Yokoi telah memulakan debut dengan penghasilan permainan arked pertama syarikat yang diberinama Radar Scope 

Tahun 1975, Nintendo mula meneroka dalam industri permainan video dengan memperoleh hak pengedaran untuk Odyssey di Jepun. Odyssey merupakan konsol permainan video rumah pertama buatan syarikat Magnavox yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan di hasilkan pada 1972.


Konsol rumah generasi pertama Nintendo dan Bapa Permainan Video Moden

Gambar oleh beforemario

Pada 1977, Nintendo mencipta generasi konsol permainan video rumah pertama yang berasaskan sistem Color TV-Game. Debutnya ialah dengan Color TV-Game 6 yang didatangkan dengan 6 permainan pra-program. Setahun berikutnya pada 1978, konsol baharu telah dihasilakan yang diberi nama Color TV-Game 15 yang tidak jauh beza dengan pendahulunya. Namun, untuk konsol baharu ini, memiliki tambahan 9 permainan baharu dan rekaan konsol yang lebih baik. Dikatakan konsol generasi pertama ini tidak begitu berjaya di Jepun. pada tahun yang sama juga, Nintendo mengeluarkan permainan video untuk arked yang diberi nama Computer Othello dan cukup berjaya di Jepun namun tidak pernah dipasarkan di luar Jepun.

Shigeru Miyamoto

Pada 1977 juga, Shigeru Miyamoto yang baru sahaja habis pengajian dalam bidang seni telah pun diupah sebagai kakitangan artis dalam bahagian perancangan Nintendo, beliau diupah berkat persahabatan bapanya dengan Hiroshi Yamauchi. Shigeru telah dilatih dan di didik sendiri oleh Gunpei Yokoi dan akhirnya beliau menjadi salah seorang individu terpenting dalam industri permainan video. Malah, beliau juga telah dipuji sebagai "Bapa Permainan Video Moden"


Konsol pegang tangan (handheld) generasi pertama Nintendo dengan permainan paling laris, Tetris

Game & Watch

Pada 1980, Gunpei Yokoi sibuk untuk membangun semula permainan video rumah lainnya. Beliau berjaya mencipta konsol baharu yang juga merupakan Konsol pegang tangan (handheld) pertama Nintendo. Ia diberi nama Game & Watch. beliau mendapat ilham untuk meghasilakn Game & Watch apabila beliau melihat seorang ahli perniagaan sedang bermain dengan kalkultor untuk menghiburkan diri didalam kereta api komuter.




Butang D-pad (Directional Pad) dan Game & Watch versi Donkey Kong

Game & Watch bukan sekadar menjadi asas kepada perkembangan dunia game pegang tangan malah, ia juga telah merevolusi cara bermain dalam dunia permainan video apabila mereka mencipta butang D-pad pada 1982 untuk Game & watch versi Dual Screen. Penciptaan D-pad ini telah memenangi Anugerah Ammy yang menjadikan inovasi ini popular digunakan dalam penghasilan produk permainan video yang lain. Kini, kita boleh lihat hampir kesemua konsol menggunakan inovasi ini.

TETRIS 1984

Selepas penciptaan Game & Watch yang berjaya. Banyak pengeluar cuba menghasilkan konsol pegang tangan milik mereka sendiri. Di Kesatuan Soviet, mereka memiliki konsol klon untuk Game & Watch kerana Nintendo tidak membenarkan ia dijual di sempadan USSR. Namun, Agak ironi apabila permainan pegang tangan yang paling popular untuk Nintendo iaitu Tetris (ada juga yang menggelarkan sebagai permainan paling laris sepanjang zaman), telah dicipta oleh jurutera Soviet iaitu Alexey Pajitnov.



Pasaran Amerika Syarikat dan penciptaan watak ikonik Nintendo

Gamabar oleh Kelly Sikkema

Pada 1980 juga, Perniagaan Nintendo berada pada tahap yang cukup luar biasa sehingga mereka membuka pejabat di pasaran kedua terbesar mereka iaitu Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Nintendo of America (NOA). 

Nintendo of America memulakan debut dengan memperkenalkan salah satu permainan arked Nintendo yang berjaya di Jepun iaitu Radar Scope kepada rakyat di Amerika Syarikat. Pada awal pra-ujian ini, menampakkan kesan positif sehingga lebih banyak unit dikeluarkan untuk Nintendo of America. Namun, setelah keseluruhan permainan ini dikeluarkan. Ia menunjukkan impak negatif apabila projek ini dilihat gagal teruk dengan unit yang dikeluarkan berlebihan serta kerugian yang berpotensi memberi bencana kepada kos inventori.

Donkey Kong dan awal pengenalan watak
Super Mario (Ketika ini dikenali sebagai Jumpman)

Shigeru Miyamoto diberi tugas untuk membangunkan permainan baharu dengan menggunakan enjin dan teknologi dari Radar Scope untuk ditukarkan pada unit-unit yang berlebihan serta tambahan kos yang kecil. Pada 1981, berbekalkan bajet yang sangat kecil, beliau berjaya menghasilkan permainan video yang kini mejadi ikonik buat syarikat Nintendo iaitu Donkey Kong. Unit-unit arked lebihan itu terjual dengan sangat laku sehingga ia menjadi kejayaan yang bersejarah buat syarikat Nintendo. Ini telah mengangkat nama Miyamoto sebagai pengeluar permainan utama Nintendo.

Kejayaan Donkey Kong ketika itu disebabkan evolusi yang dilakukan pada permainan arked, apabila dahulunya permainan arked dipenuhi dengan permainan bergenre menembak dan berlumba. Namun tidak untuk Donkey Kong apabila ia didatangkan dengan gaya permainan yang baharu. Dari permainan ini lah watak Mario tercipta.


Konsol rumah generasi kedua dengan penggunaan Katrij

Gambar oleh WikimediaImages

Pada 1983, Famicom atau singkatan untuk Family Computer mula diperkenalkan. Famicom adalah konsol rumah yang menggunakan Katrij sebagai media permainan dan ia hanya dikeluarkan untuk pasaran di Jepun. Famicom juga adalah konsol yang paling berkuasa berbanding mana-mana konsol yang ada dipasaran ketika itu. Ditambah pula, beberapa permainan arked yang berjaya telah dibangun dalam versi katrij untuk Famicom seperti Donkey Kong, Donkey kong Jr dan Popeye. Dengan kualiti yang hampir menyamai arked, ia memiliki harapan yang cukup tinggi untuk berjaya di pasaran Jepun. Namun, ada rumor mengatakan bahawa konsol ini memiliki beberapa masalah pada sistem dan pengalaman bermain. Ini sedikit sebanyak mengganggu penjualannya.

Pada 1986, Famicom Disk System diperkenalkan. Ia adalah alat tambahan bagi Famicom untuk menyokong penggunakan kad cakera (Disk Card atau Floppy disk). Ia telah dicipta hasil kerjasama dengan Sharp.


Kejatuhan industri permainan video di Amerika Syarikat

E.T. the extra terrestrial yang dikeluarkan untuk sistem Atari 2600

Kejatuhan pasaran permainan video telah berlaku di Amerika Syarikat sehingga keuntungan jatuh dari $3 Bilion kepada $100 Juta antara 1983 hingga 1985. Kejatuhan ini berlaku disebabkan kebanjiran permainan video tidak berlesen yang berkualiti rendah. hal ini, menyebabkan banyak pengeluar permainan video di Amerika Syarikat yang mengalami kerugian dan ada juga yang gulung tikar.

Salah satunya ialah syarikat Atari (yang cukup popular pada masanya) telah gagal teruk disebabkan oleh pengeluar pihak ketiga yang tidak berlesen mencipta permainan berasaskan sistem mereka. Maka, permainan video tidak sah yang boleh dimainkan pada sistem Atari telah membanjiri pasaran di Amerika Syarikat. Permainan video tersebut pastinya tidak memenuhi spesifikasi Atari sehingga kebanyakan permainan yang dihasilkan itu berkualiti rendah. Ditambah lagi, ada permainan yang diterbit oleh Atari yang gagal teruk. Sebagai contoh ialah E.T, the extra terrestrial (yang digelar sebagai permainan video paling buruk sepanjang zaman). Hal ini, telah menyebabkan konsol keluaran mereka iaitu Atari 2600 gagal di pasaran Amerika Syarikat.


Memecahkan pasaran Amerika Syarikat dan kejayaan Super Mario Bros 

Gambar oleh Ravi Palwe

Nintendo belajar dari kegagalan yang telah menimpa Atari sebelumnya. Gunpai Yokoi telah mencipta konsol 8-bit baharu iaitu Nintendo Entertainment System (NES) yang menjadi fenomena di seluruh dunia ketika itu. Konsol ini merupakan konsol Famicon yang telah diubah nama serta ditambah baik dari segi reka bentuk. Ia juga telah membaiki beberapa masalah yang terdapat pada konsol-konsol sebelumnya.

Logo Seal of Quality versi eropah dan Katrij NES Atau Game Paks
 
Nintendo juga telah membangun cip penguncian 10NES bagi menghalang permainan video tidak sah atau palsu daripada berfungsi pada sistem keluaran mereka. Mereka menampal cop yang diberi nama Nintendo Seal of Quality sebagai bukti kepada sesuatu permainan itu sah dan rasmi untuk produk mereka. Pada konsol NES ini juga, mula diperkenalkan reka bentuk katrij baharu bagi membezakan produk keluaran mereka dengan pengeluar tidak sah yang diberi nama Game Paks.

Pada 1985, Secara rasmi NES dipasarkan di New York diikuti beberapa daerah di Amerika Syarikat yang lain. Pelancaran awal ini berjalan dengan sangat berjaya dan akhirnya ia dipasarkan terus ke seluruh Amerika Syarikat. Kejayaan NES juga telah mengangkat Nintendo sebagai raja permainan video pada saat itu.

Gambar oleh Sahand Babali

Penjualan NES yang luar biasa didorong oleh permainan ikonik yang juga dijadikan maskot Nintendo iaitu Super Mario Bros yang juga merupakan antara permainan video paling laris sepanjang zaman. Di era ini, lahirlah beberapa franchais permainan video yang terkenal seperti The Legend of Zelda, Metroid, Final fantasy, Megaman dan Castlevania. 


Konsol pegang tangan (handheld) generasi kedua Nintendo yang dipasar secara global

Gambar oleh ptra

Beberapa tahun kemudian, Gunpai Yokoi merilik semula permainan video pegang tangan keluaran pertamanya, Game & Watch lalu berniat untuk mengembangkannya. Tahun 1989, Gunpai Yokoi pengeluarkan Game Boy. Ia merupakan permainan pegang tangan pertama yang menggunakan Katrij. Penjualan Game Boy disertakan dengan permainan tetris bersama telah menyebabkan penjualannya sangat memberangsangkan. Ditambah lagi, wujud franchais-franchais yang mendorong penjualannya seperti Pokemon dan Kirby. 

GameBoy kekal sebagai konsol yang paling lama bertahan serta model terbaharu mereka iaitu Gameboy SP masih boleh memainkan permainan klasik Game Boy yang asal.

Perseteruan Nintendo dan SEGA

Namun, disebalik kejayaan ini, Nintendo juga telah dipersoalan akan beberapa tuduhan serta pernah disaman oleh pesaing terbesarnya ketika itu iaitu SEGA. Namun, penguasaan Game Boy tetap tidak dapat digugat malah franchais ini masih laris dipasaran bertahun lamanya dan kekal memberi keuntungan buat Nintendo.


Perang industri permainan video

Gambar oleh WikimediaImages

Pada awal 1990an, persaingan dalam industri permainan video semakin kuat. Ketika ini, pesaing terdekat mereka iaitu SEGA mula memperkenalkan konsol rumah yang dikuasakan dengan 16-bit iaitu SEGA Genesis, dan TurboGrafx-16. Pada masa ini lah, lahirnya watak popular untuk permainan video mereka iaitu Sonic the Hedgehog yang juga dijadikan maskot rasmi SEGA.

Penjualan produk Nintendo mula merudum sebelum Miyamoto memperkenalkan permainan baharu iaitu Super Mario bros 3. Super Mario Bros 3 berjaya menyeimbangkan kembali persaingan apabila ia terjual dengan sekitar 18 juta salinan seterusnya menjadi permainan video untuk keluaran NES terlaris sepanjang zaman.


Konsol rumah generasi ketiga Nintendo dan kerjasama pertama bersama Sony

Gambar oleh WikimediaImages

Nintendo menyedari bahawa persaingan dalam industri permainan video semakin sengit. Maka Gunpai Yokoi mula mencipta konsol 16-bit pertama mereka, diberi nama Super Famicom yang di keluarkan pada tahun sama SEGA Genesis dipasarkan. Walaupun Super Famicom dikeluarkan khas untuk pasaran Jepun namun, sistem baharu yang diperkenalkan pada Super Famicom menjadi kejayaan yang sangat besar apabila dilaporkan ia terjual sekitar 300,000 unit hanya dalam beberapa jam sahaja.

Gambar thumbnail dari Youtube Soldier_1stClass

Setahun kemudian, Super Famicom dipasarkan pula di Amerika Syarikat dengan nama Super Nintendo Entertainment System (SNES). Dalam penghasilan SNES, Nintendo telah bekerjasama buat kali pertama dengan syarikat Sony untuk menciptakan cip audio yang diberi nama SPC-700. Cip audio keluaran sony mampu memberikan kualiti audio untuk katrij setara kualiti audio pada CD (Compact Disk). Hasilnya, usaha sama ini membawa keuntungan yang besar kepada Nintendo apabila kejayaan pasaran Jepun turut dirasai di Amerika Syarikat apabila SNES laris terjual. Sekali lagi, Nintendo mengatasi SEGA sebagai raja dalam industri permainan video.


Pengkhianatan Nintendo terhadap Sony yang melahirkan franchais Sony Playstation

Kerjasama Nintendo dan Sony

Menjelang Tahun 1990an, konsol permainan mula mengintegrasikan teknologi komputer dalam penghasilan sesuatu konsol. Ketika ini juga, penggunaan CD-ROM sedang hangat dipasaran kerana cakera ini mampu menyimpan maklumat lebih banyak, memberikan kualiti grafik yang lebih baik, audio yang cukup baik serta memeberikan pengalaman bermain yang lebih luas.

Nintedo mula melihat pasaran CD-ROM  berpotensi untuk membawa keuntungan yang banyak buat syarikat. Dengan itu, Nintendo sekali lagi melakukan kerjasama dengan Sony memandangkan syarikat Sony memiliki kepakaran dalam membangun produk berasaskan penggunaan CD-ROM. 

Prototaip SNES Playstation

Namun, kerjasama ini tidak berjalan lancar. Dalam rundingan antara kedua syarikat, Nintendo meminta untuk Sony menghasilakan konsol Super Nintendo Entertainment System dengan penggunaan CD-ROM sahaja. Namun, Sony meminta kebenaran untuk mereka menghasilakan konsol mereka sendiri dengan sokongan hybrid iaitu menyokong CD-ROM dan perlesenan katrij dari permainan di SNES. Hasil idea ini, terciptalah konsol hybrid yang diberi nama SNES Playstation.

Nintendo jelas tidak berminat dengan rundingan tersebut kerana mereka menganggap rundingan tersebut lebih memihak kepada Sony berbanding mereka. Selain itu, mereka risau dominasi mereka dalam industri permainan video dapat disaingi oleh rakan kongsi mereka sediri.




Kerjasama Nintendo dan Philips

Oleh itu, Nintendo dengan diam-diam menjalin kerjasama dengan syarikat Philips untuk membangunkan konsol yang serupa. Kerjasama ini akhirnya terbongkar pada persidangan ekspo yang diadakan pada 1991 apabila pihak Nintendo sendiri mengumumkan kerjasama mereka dengan syarikat dari Belanda tersebut. Sony pastinya terpukul dengan tindakan Nintendo ini. Justeru, mereka sekali lagi melakukan rundingan untuk meneruskan projek pembangunan SNES Playstation. Pada rundingan kedua ini, perjanjian kini lebih menguntungkan pihak Nintendo. 

Prototype SNES Playstation akhirnya siap dibangun pihak sony dan mereka bersedia untuk rundingan selanjutnya. Namun, Nintendo seakan-akan melengahkan peringkat kerjasama sehingga memaksa rundingan semula diadakan. Rundingan semula berakhir tragis apabila kedua-dua syarikat mengumumkan pembatalan kerjasama mereka dan projek SNES Playstation pun terkubur. 

Playstation generasi pertama

Namun, peristiwa ini kedepannya telah merubah industri permainan video dunia dan telah mengakibatkan syarikat Nintendo terpaksa gigit jari. Pada 1994, bekas rakan kongsi mereka itu berjaya meghasilkan konsol rumah pertama mereka sendiri iaitu Playstation (juga dikenali sebagai PS One atau PSX). Playstation dibangunakan dengan integrasi komputer didalamnya, menggunakan CD-ROM dan dikuasakan dengan cip 32 bit. juga, inovasi permainan 3D yang ditampilkan oleh Sony telah merubah cita rasa pemain untuk beralih menggunakan produk mereka. Angka jualan Playstation mencecah 100 juta unit yang merupakan konsol pertama yang mencapai angka jualan sebesar itu (pada masanya), sekelip mata dominasi Nintendo beralih ke syarikat Sony.


Konsol rumah generasi keempat Nintendo, pengenalan kepada dunia realiti maya (virtual reality atau VR)

Konsol Virtual Boy

Pada 1995, Nintendo melalui Gunpai Yokoi mengeluarkan prototype reality maya yang diberi nama Nintendo Virtual Boy. Konsol ini didatangkan hanya dengan penggunaan dua warna pada tampilan skrin iaitu merah dan hitam. Sungguh disayangkan kerana penjualannya tidak mendapat sambutan yang baik. Antara punca kegagalan konsol ini disebabkan oleh reka bentuknya yang tidak praktikal, pembangunan produk yang mahal malah ada sesetengah pengguna yang megalami masalah ketegangan mata apabila menggunakan produk ini.


Konsol rumah generasi kelima Nintendo yang lebih berkuasa berbanding Sony Playstation

Nintendo 64

Pada 1996, dikala pembangun lain mula menggunakan CD-ROM bagi menggantikan katrij yang mahal. Nintendo membatalkan hasrat untuk mengikut jejak langkah yang sama dan terus kekal menggunakan katrij sebagai media permainan. Dengan itu, Nintendo 64 pun telah dihasilkan dan ia jauh lebih berkuasa berbanding pesaing lain terutama sekali Sony Playstation. Nintendo 64 didatangkan dengan cip 64 bit dan inovasi baharu iaitu butang analog namun, masih mengekalkan penggunaan katrij yang akhirnya merugikan mereka. Ini kerana, pembangun permainan video lebih gemar memilih penggunaan CD-ROM Super Disk  yang digunakan pada Playstation kerana kos yang murah, ruang penyimpanan yang luas dan kualiti yang lebih baik. Akhirnya, banyak franchais permainan popular mula beralih kepada playstation.

Berbeza untuk Playstation, dengan kos pembangunan yang rendah, Harga jualan yang lebih murah serta perpustakaan permainan yang lebih besar menjadikan konsol ini kekal menguasai pasaran permainan video ketika itu, walaupun ia telah dikeluarkan dua tahun lebih awal berbanding Nintendo 64. 

11 Disember 1999, Nintendo mengeluarkan pula Nintendo 64DD, ia merupakan alat tambahan pada Nintendo 64 untuk menyokong penggunakan kad cakera (Disk Card atau Floppy disk).


Franchais Game Boy diteruskan

Koleksi Game Boy

Pada tahun sama pengeluaran untuk Nintendo 64, Nintendo Game Boy Pocket turut dipasarkan. Di ikuti Game Boy light dan Game Boy Color yang dikeluarkan pada tahun 1998. Game Boy Pocket dan Game Boy Light adalah konsol yang sama persis seperti abang mereka cuma dibezakan dengan saiz yang lebih kecil, ringan, penggunaan bateri yang berbeza dan penambahan lampu latar (backlight) khas pada Game Boy Light sahaja. Manakala, Game Boy Color adalah konsol pegang tangan pertama yang didatangkan dengan skrin bewarna. 

Nintendo terus mengembangkan franchais Gameboy mereka dengan mengeluarkan Game Boy Advance dan Game Boy SP yang masing-masingnya dipasarkan pada 2001 dan 2004. Keduanya merupakan naik taraf terbaik untuk franchais Game Boy. 

Game Boy Micro Edisi Famicom

Pada 2005, Game Boy Micro pula diperkenalkan. Ia didatangkan dengan saiz yang paling kecil jika dibanding dengan konsol Game Boy yang lain, memiliki lampu latar (backlight) yang terang dan skrin berkualiti HD namun skrinnya yang hanya bersaiz 2 Inci telah menghilangkan pengalaman bermain konsol ini. Apa yang menariknya, konsol ini didatangkan dengan bateri terbina (Build in) yang boleh dicas semula. Dari segi penjualan pula dikatakan konsol ini tidak selaris konsol Game Boy yang lain.


Konsol rumah generasi keenam Nintendo dan kehadiran Microsoft Xbox

Gambar oleh WikiImages

Pada 2001, Nintedo mengeluarkan pula Nintendo GameCube yang akhirnya didatangkan dengan CD-ROM bersaiz 8cm berdasarkan DVD (Digital Versatile Disc). CD-ROM 8cm ini dibangun dengan kerjasama Panasonic yang boleh memuatkan sehingga 1.5GB maklumat. Namun, disebabkan saiznya yang kecil berbanding CD-ROM kebiasaan maka GameCube tidak boleh digunakan untuk memainkan filem DVD. 

Berbeza cerita untuk pesaing terdekatnya. Setahun sebelum GameCube dikeluarkan, Sony telah memasarkan konsol rumah generasi kedua mereka iaitu Sony Playstation 2 yang mampu memainkan filem DVD. Lebih luar biasa, konsol ini telah berjaya terjual sehingga 158 juta unit seluruh dunia dan menjadikan konsol ini sebagai konsol paling laris sepanjang zaman dan belum dapat dipecahkan oleh sesiapa termasuk Sony sendiri.

Gambar oleh janeb13

Ketika ini juga, Nintendo makin dihimpit untuk bersaing dalam industri permainan video dengan hadirnya pendatang baharu iaitu Microsoft. Microsoft telah mengeluarkan konsol rumah pertama mereka iaitu Xbox yang didatangkan dengan teknologi yang jauh lebih berkuasa dari mana-mana konsol yang ada ketika itu. Xbox juga telah datang dengan inovasi tersendiri iaitu ciri permainan berbilang dalam talian (Online Multiplayer).


Konsol pegang tangan (handheld) generasi ketiga Nintendo untuk peminat pokemon

Nintendo Pokemon Mini

Selanjutnya, kejayaan konsol Game Boy banyak didorong oleh populariti Pokemon. Dengan itu, Nintendo mengeluarkan konsol Khas buat peminat pokemon yang diberi nama Pokemon Mini. Ia merupakan konsol paling kecil pernah di hasilkan dan hanya memiliki 10 permainan Pokemon. iaitu:

1)Pichu Bros. mini 



2)Pokémon Party mini 



3)Pokémon Pinball mini 



4)Pokémon Puzzle Collection 



5)Pokémon Puzzle Collection 2 



6)Pokémon Race mini 



7)Pokémon Shock Tetris 



8)Pokémon Breeder mini 



9)Pokémon Zany Cards 



10)Togepi no Dai Bouken




Perletakan jawatan Hiroshi Yamauchi

Satoru Iwata

Pada 2002, Hiroshi Yamauchi meletakkan jawatan beliau kerana merasakan syarikat Nintendo memerlukan muka baharu yang mampu mengemukakan inovasi dan idea-idea bernas kepada syarikat agar dapat terus bersaing dalam industri ini. Maka, Satoru Iwata dilatik selaku pengurus baharu syarikat Nintendo dan merupakan pengurus pertama yang tidak memiliki pertalian darah dengan keluarga Yamauchi. Satoru Iwata menggalas tugas yang cukup berat untuk mengembalikan kegemilangan Nintendo ditambah konflik dalaman syarikat yang meruncing.

Ketika ini, Nintendo berada dalam tahap yang cukup kritikal, satu kesilapan sahaja mampu mengakibatkan syarikat ini gulung tikar. Satoru memulakan langkah dengan menghentikan segala proses yang dimiliki syarikat dan menghentikan projek lanjutan GameCube. Beliau kini fokus untuk membetulkan konflik dalaman syarikat terlebih dahulu sebelum melanjutkan projek berikutnya. Setelah selesai membaiki konflik dalaman syarikat, Nintendo akhirnya kembali ke kancah permainan video dengan konsol terbaharu mereka dua tahun kemudian.


Konsol pegang tangan (handheld) generasi keempat Nintendo yang hadir dengan Dwi-skrin

Gambar oleh Stas Knop

Pada 2004, Nintendo kembali dengan memperkenalkan konsol terbaharu mereka iaitu Nintendo Developers System (NDS). Nintendo DS didatangkan dengan dwi-skrin, keupayaan skrin sentuh, memiliki kamera, mikrofon terbina dan boleh terhubung dengan jaringan internet melalui Nintendo Wifi Connection. Salah satu permainan yang berjaya untuk konsol ini ialah Nintendogs yang merupakan permainan simulasi haiwan.

Pada 2006, Nintendo hadir dengan konsol Nintendo DS Lite iaitu versi ringan dari Nintendo DS, Pada 2008 Nintendo DSi dilancarkan di Jepun, ia memiliki skrin yang lebih besar dan sudah menyokong DSiWare iaitu kedai untuk memuat turun permainan eksklusif Nintendo dan ia mula dipasarkan secara global bermula awal 2009. Pada tahun yang sama, Nintendo DSi XL diperkenalkan dengan skrin yang lebih besar, ketahanan bateri yang lebih lama dan pen sentuh sebagai aksesori tambahan.

Franchais Nintendo DS merupakan konsol nintendo terlaris sepanjang masa dan konsol kedua telaris sepanjang masa dengan penjualan keseluruhan mencecah lebih 150 juta unit. Hal ini, telah berjaya mengembalikan keseimbangan dalam syarikat dan ini merupakan kejayaan pertama dibawah kepimpinan Satoru Iwata.



Konsol rumah generasi ketujuh Nintendo dengan inovasi kayu bedik (joystick) yang unik

Wii yang hadir dengan Wii Remote dan nunchuk

Pada 2006, Wii diperkenalkan dengan inovasi kayu bedik yang unik diberi nama Wii Remote dan Nunchuk. Wii Remote boleh mengesan pergerakan dalam tiga dimensi (motion control) dan boleh dipegang dengan sebelah tangan. Nunchuk pula boleh disambungkan ke Wii Remote melalui kord panjang, membolehkan untuk kawalan tambahan. Inovasi baharu ini memerlukan pemain untuk melakukan pergerakan untuk memainakan permainan dari Wii. 

Wii juga di datangkan dengan sistem naik taraf perisian, ia merupan konsol Nintendo pertama yang meghadirkan ciri tersebut. Wii terjual cukup laris dengan anggaran penjualan mencecah 100 juta unit seluruh dunia. Manakala, permainan paling laris mereka ialah Wii Sports dengan lebih 82 juta salinan terjual. Ini, menjadikan Wii sebagai konsol Nintendo kedua paling laris dan ke empat untuk semua konsol. Kejayaan ini, sedikit dibantu dengan penjualan konsol dari pihak pesaing yang lemah seperti Playstation 3 yang dianggap telalu mahal untuk dimiliki ketika itu.
Wii Mini

Pada 27 november 2012, Wii mini diperkenalkan untuk pasaran di Kanada. Wii mini, ialah versi yang lebih ringan untuk wii. Konsol ini dihias dengan gabungan warna merah dan hitam serta dibungkus bersama Wii Remote Plus merah, Mario Kart Wii dan Nunchuk. Pada 2013 ia mula dipasarkan untuk Eropah dan Amerika Utara.
 

Konsol pegang tangan (handheld) generasi kelima Nintendo yang menyokong 3D tanpa kaca mata

Gambar oleh Mike Esparza

Nintendo 3DS, Diperkenalkan pada 26 februari 2011. Ia memiliki dwi-skrin sama seperti NDS namun 3DS memiliki inovasi pada skrin atas yang memaparkan paparan 3 dimensi tanpa perlu menggunakan kaca mata 3D. Ia menyokong permainan dari konsol sebelumnya, memiliki giroskop, memiliki ciri mengesan pergerakan (motion control), memiliki dwi-kamera yang berfungsi untuk mengambil video dan gambar secara 3 dimensi serta memiliki pen sentuh.

Nintendo 3DS XL

Setahun kemudian, versi yang lebih besar telah diperkenalkan iaitu Nintendo 3DS XL yang memiliki saiz skrin yang lebih besar, ketahanan bateri meningkat sehingga 86% dan berat konsol yang meningkat sebanyak 46%. 


Konsol rumah generasi ke lapan Nintendo yang dikaburkan oleh Playstation 4 dan Xbox one

Wii U

Wii U telah diperkenalkan pada 2012, konsol ini didatangkan dengan ciri seperti sokongan skrin sentuh beresolusi 1080p HD pada alat kawalannya, yang boleh menstrim kandungan daripada konsol, memiliki dua pilihan warna iaitu putih dan hitam, pen sentuh, lubang HDMI dan penyambung AC untuk konsol dan GamePad. 

Angka penjualan Wii U dilaporkan sangat rendah. Wii U telah menjadi konsol milik Nintendo paling tidak laku dipasaran dengan penjualan kurang 14 juta unit, lebih buruk berbanding angka penjualan GameCube

Persaingan tiga penjuru

Punca kegagalan Wii U disebabkan oleh teknik promosi yang tidak berkesan serta persaingan tiga penjuru antara Nintendo, Sony dan Microsoft. Ketika ini, Sony dan Microsoft mengeluarkan konsol baharu mereka iaitu Playstation 4 dan Xbox One.


Kematian Satoru Iwata dan janji mendiang untuk Projek Nintendo NX

Gambar oleh John Omiss

Pada 11 julai 2015, Satoru Iwata meninggal dunia di usia 55 tahun. Sebelum kematian, mendiang telah berjanji untuk menghasilkan sebuah konsol yang akan menjadi jawapan kepada kesilapan konsol gagal mereka iaitu Wii U. Konsol itu akan dihasilkan melalui projek Nintendo NX 


Konsol pegang tangan (handheld) generasi keenam Nintendo dan ikonik merah biru

Nintendo Switch

Mac 2017, Nintendo Switch diperkenalkan secara umum. Ia merupakan konsol hasil projek Nintendo NX dan merupakan konsol hybrid pertama Nintendo. Nintendo Switch ialah sistem mudah alih yang boleh didirikan untuk dijadikan seperti konsol rumah. Ia merupakan idea yang sangat sempurna untuk menghibridkan konsol rumah dan konsol pegang tangan. terdapat ciri-ciri baharu seperti HD Rumble dan HD Motion. Ketika ini, salah satu permainan pihak pertama (First-party) Nintendo iaitu "The Legend of Zelda: The Breath of The Wild" telah memenangi anugera "Game of The Year" malah penjualan konsol ini ditahun pertama sahaja telah mengatasi penjual Nintendo Wii U.

Nintendo Switch Lite

Pada 10 Julai 2019,  Nintendo memperkenalkan pula Nintendo Switch Lite yang merupakan versi ringan dari Nintendo Switch. Ia didatangkan dengan saiz konsol yang lebih kecil, skrin yang lebih kecil, kapasiti bateri yang lebih sedikit, resolusi skrin juga hanya 720p sahaja dan tidak ada fungsi menanggalkan joy-con untuk menjadikan ia sebagai konsol rumah. Konsol ini dijual dengan penawaran harga yang lebih rendah.

Nintendo Switch Oled

Pada 6 Julai 2021, Nintendo Switch Oled diperkenalkan yang merupakan naik taraf untuk model asal. Ia didatangkan dengan Skrin Oled 7 inci, Dengan kontras dan saturasi (Contras and saturation) yang lebih tinggi dan beberapa penambah baikan lain.


Akhir kata

Gambar oleh RODNAE Productions

Melalui kisah sejarah Syarikat Nintendo ini kita dapat perhatikan asam garam dalam dunia perniagaan. Nintendo masih berpeluang untuk kembali menguasai industri permainan video. Di harap juga, di masa mendatang persaingan dalam industri permainan video kekal sihat.


ADMIN AMAT BERBESAR HATI JIKA ANDA SUDI MEMBERI DONASI 


Kredit

Comments

LAIN-LAIN BACAAN

ARTIKEL POPULAR

BANTU ADMIN DENGAN DONASI

MEDIA SOSIAL