Mata wang yang dahulu setara US Dollar, kini sudah tiada nilai
Republik Zimbabwe
Gambar oleh Wirestock |
Zimbabwe atau juga dikenali sebagai Republik Zimbabwe dahulunya pernah menjadi sebuah negara yang pesat membangun dengan ekonomi yang kuat dan pengeluaran industri yang baik. Zimbabwe merdeka daripada penjajahan British pada 18 April 1980 dengan Robert Mugabe menjadi presiden pertama republik ini.
Mata Wang Dolar Zimbabwe
Pada awal pemerintahan Robert Mugabe, beliau telah mengumumkan Dolar Zimbabwe bagi menggantikan pendahulunya mata wang Rhodesia. Pada awalnya mata wang ini kukuh dengan nilainya yang setara dengan US Dolar ketika itu. Namun, ia tidak kekal lama apabila kerajaan Zimbabwe yang dipimpin oleh Robert Mugabe melaksanakan satu program yang diberi nama Economic Structural Adjustment Program (EASP).
Kesan Economic Structural Adjustment Program (EASP).
Program ini memberi kesan yang sangat buruk kepada ekonomi republik ini dengan permulaan kesannya dapat dirasai seawal penghujung 1980an. Kerajaan Zimbabwe telah merefomasikan tanah dan pertanian negara dengan meghalau pemilik tanah berkulit putih dan dipindah milik kepada penduduk tempatan berkulit gelap.
Hal ini telah memberi kesan negatif kepada hasil negara apabila penduduk tempatan tidak memiliki kemahiran dalam selok belok peniagaan dan pertanian menyebabkan hasil pertanian berkurang dengan mendadak. Barang keperluan asas tidak mencukupi untuk menampung kehendak rakyat sehingga harga barangan mula naik dengan cepat serta kadar faedah dan inflasi turut meningkat dengan drastik.
Krisis ini bertambah buruk dengan sekatan ekonomi yang dikenakan sebagai tindak balas kepada penindasan orang berkulit putih oleh Zimbabwe. Bank Dunia juga telah menangguhkan bantuan kepada Zimbabwe kerana perbezaan dasar dengan kerajaan.
Krisis ini berterusan saban tahun dengan kemuncaknaya pada tahun 2000an apabila negara ini berhadapan dengan inflasi yang teruk sehingga mencapai hyperinflasi pada tahun 2008
Apa Itu Inflasi dan Hyperinflasi
Secara mudahnya inflasi adalah kenaikan suatu barang asas dan perkhidmatan dalam suatu tempoh masa tertentu. Kenaikan kadar inflasi menyebabkan suatu barang yang dibeli dengan wang akan berkurang berbanding sebelum inflasi. Contohnya, dengan 1 Dolar Zimbabwe anda dapat membeli sebatang gula-gula tetapi disebabkan inflasi anda perlu membayar 2 Dolar Zimbabwe untuk sebatang Gula-Gula yang sama. Walaubagaimanapun, tidak semua barangan akan naik, ada kalanya beberapa barangan akan turun dan menjadi lebih murah.
Hyperinflasi pula terjadi apabila kenaikan harga menjadi telalu tinggi sehingga tidak dapat dikawal. Harga suatu barang boleh meningkat sehingga 50% dan lebih dalam tempoh masa sebulan sahaja. Ia terjadi disebabkan nilai mata wang yang menurun dengan drastik namun harga barangan semakin meningkat. Ia juga boleh terjadi apabila sesebuah negara itu mencetak wang terlalu banyak, politik yang tidak stabil dan kadar pengangguran yang meningkat.
Situasi ini lah yang telah dihadapi oleh Republik Zimbabwe ketika itu apabila hyperinflasi mengakibatkan harga kebanyakan barangan meningkat sehingga 231 juta peratus. Sebagai contoh, harga sebungkus roti sebelum hyperinflasi berlaku ialah 1 Dolar Zimbabwe. Namun setelah hyperinflasi, harga untuk sebungkus roti yang sama menjadi 231 Juta Dolar Zimbabwe.
Hyperinflasi di Zimbabwe
Gambar oleh Roman Nguyen |
Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan tentang punca hyperinflasi berlaku di Zimbabwe. Antaranya hyperinflasi di Zimbabwe berlaku apabila kerajaan bertindak mencetak wang dengan lebih banyak kerana cukai yang dikenakan negara tidak mencukupi. Percetakan Matawang berlebihan ini juga disebabkan oleh pembabitan kerajaan dalam Republik Democratic Congo, memenuhi kehendak peperangan semasa Perang Kongo Kedua serta memenuhi tuntutan gaji yang tinggi oleh pegawai kerajaan dan tentera. Pendapat lain pula menyatakan faktor kelemahan gabungan pimpinan dan pergolakan yang berlaku di republik itu menyebabkan Dolar Zimbabwe melemah.
Hyperinflasi di republik ini mula dikesan seawal 1999 apabila kadar inflasi pada tahun itu meningkat sehingga 50%. Ia diburukkan lagi apabila pelabur asing mula melarikan diri selepas perampasan ladang komersial oleh pihak kerajaan Zimbabwe pada tahun 2000. Hal itu menyebabkan beberapa industri perkilangan terhenti serta mata wang asing untuk membeli barangan import berkurang lalu mengakibatkan kenaikan harga barang yang mendadak. Kadar inflasi terus melambung tinggi saban tahun sehingga pada 2003 kadar inflasi di negara ini telah mencapai 600%.
Trend kenaikan ini nampaknya membaik pada tahun 2004 hingga 2005 apabila kadarnya mula turun kepada 124% pada March 2005. Namun ia mula melonjak kembali terutama pada pertengahan 2006 apabila kadar inflasi di republik ini mencecah 1000%, pada Mac 2007 ia mencapai 2200.2% dan kemuncaknya telah dilaporkan pada September 2008 dengan kadar inflasi meningkat pada kadar tidak masuk akal iaitu 500.000.000.000% (500 bilion %).
Kehilangan Nilai Mata Wang Dolar Zimbabwe
Gambar oleh Rob |
Ketika kemuncak hyperinflasi pada 2008 itu, wang kertas di Zimbabwe boleh memiliki angka yang sangat besar iaitu 100.000.000.000.000 (100 Trillion) namun nilainya sangatlah kecil kerana rakyat Zimbabwe perlu membayar seikat wang kertas ini hanya untuk membeli sayur. Ada juga rakyat yang menggunakan sistem barter bagi membeli barangan yang diinginkan. Disebabkan nilai Mata wang ini yang semakin susut, maka pada 12 April 2009 mata wang ini telah digantung buat selama-lamanya dan tidak ada nilainya lagi.
Dengan itu, kerajaan memutuskan untuk menggunakan 9 mata wang asing sebagai matawang sah (legal tender) bagi kegunaan harian. Oleh itu, ia telah menjadikan republik ini sebagai negara dengan penggunaan mata wang paling banyak setakat ini.
Antara mata wang asing yang digunkan
1)Dolar Amerika Syarikat
2)Dolar Australia
3)Euro
4)Rand Afrika Selatan
Gambar oleh Sharon Ang |
5)Pula Botswana
6)Pound Sterling UK
Gambar oleh InspiredImages |
7)Rupee India
Gambar oleh www.rupixen.com |
8)Yuan China
Gambar oleh moerschy |
9)Yen Jepun
Dari kesemua mata wang ini, Dolar Amerika Syarikat dijadikan sebagai wang rasmi untuk transaksi negara Republik Zimbabwe.
Perubahan kepada mata wang asing ini telah mengurangkan 3% kadar inflasi perbulan. Namun ketika itu, negara sudah pun musnah akibat hyperinflasi ini. Industri yang sebelum ini berdiri kukuh, kini hampir runtuh serta pengangguran rakyat Zimbabwe meningkat.
Usaha kerajaan
Kerajaan Zimababwe telah melaksanakan beberapa usaha apabila bank pusat negara tidak lagi mampu mencetak mata wang Zimbabwe yang semakin hilang nilainya. President Robert Mugabe, mengarahkan larangan kenaikan harga barang. Namun usaha ini tidak begitu baik apabila golongan berpendapatan rendah dan yang tiada simpanan mejadi semakin susah dan terbeban.
Antara usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan Zimbabwe adalah dengan menawarkan pertukaran akaun deposit lama kepada Dolar Amerika Syarikat. Rakyat boleh menukarkan 175.000.000.000.000.000 (175 Kuadrilion) kepada USD 5.
Pada 2016, kerajaan telah memperkenalkan mata wang baharu bagi mengatasi masalah kekurangan wang tunai dan eksport negara. Masalah ini diakibatkan oleh perdagangan negatif yang dihadapi negara itu. Perdagangan negatif terjadi disebabkan kadar import yang lebih tinggi berbanding kadar eksport negara lalu mengakibatkan kekurangan wang tunai.
Gambar oleh The Independent |
Mata wang baharu ini diberi nama Wang Bond dan telah dikeluarkan sebanyak 10 juta Dolar. Ia juga sah digunakan di negara-negara Afrika selatan yang lain. Pada awal pengenalannya, wang ini memiliki nilai setara Dolar Amerika Syarikat. Namun, nilainya semakin susut kerana tidak mendapat sokongan rakyat yang tidak mahu menggunkan mata wang baharu dalam urusan jual beli.
Dengan halangan dan ketidak cekapan pengurusan kerajaan, sepertinya tidak ada harapan untuk melihat ekonomi Zimbabwe kembali pulih. Namun jika diperhatikan semula, kadar inflasi negara ini kelihatan menurun secara konsisten sejak tahun 2010 malah pada 2014 dilaporkan kadar inflasi telah menjadi negatif. walaupun begitu, hyperinflasi yang telah berlaku telah meninggalkan kesan dan bekas yang sukar dihilangkan. Kini, Zimbabwe memiliki sedikit harapan untuk kembali membina semula negara republik itu.
Kesimpulan
Hyperinflasi telah memberi kesan buruk kepada ekonomi dan kehidupan masyarat di Republik Zimbabwe. Justeru, amat penting untuk pihak kerajaan memastikan pengurusan ekonomi negara diurus dengan baik serta mengatur strategi dalam mengurus masalah ekonomi yang berlaku.
Dapat kita perhatikan, kegagalan pihak kerajaan dalam menguruskan hal ekonomi akan memberi dampak yang sungguh buruk kepada rakyat dan negara. Kita perlu mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku di Republik Zimbabwe bagi memastikan nasib yang sama tidak terjadi kepada kita.
ADMIN AMAT BERBESAR HATI JIKA ANDA SUDI MEMBERI DONASI
Kredit
Comments
Post a Comment