Ketakutan atau fobia terhadap badut
Coulrophobia
Gambar oleh asier_relampagoestudio |
Asal usul Coulrophobia
Gambar oleh gonzalo Dagnino |
Kesedaran tentang coulrophobia sebenarnya agak baru. Istilah coulrophobia pertama kali muncul sekitar tahun 1980-an ke 1990-an. ada sumber menyebutkan perkataan "Coulro" ialah perkataan Yunani iaitu kĊlobatheron bermaksud kaki atau pejalan kaki. Namun tidak ada satu sumber sahih berkaitan asal usul Coulrophobia ini. Menurut seorang profesor dari Henderson State University iaitu Travis Langley Ph.D. Beliau sudah membuat banyak kajian, bertanya pakar dan membuat ciapan di media sosial Twitter untuk mencari maklumat berkaitan asal usul fobia ini.
Namun, menurut beliau tidak ada satu pun jawapan yang masuk akal diperolehinya. Malah buku-buku terkenal yang membincangkan hal psikologi juga seperti edisi pertama dari The Encyclopedia of Phobias, Fears, and Anxieties (Doctor & Kahn, 1989) yang menulis banyak jenis fobia namun tidak menyebutkan langsung tentang Coulrophobia sehinggalah tahun 1998 iaitu dalam sebuah buku D'Onofrio & D'Onofrio. Penulisan tertua yang beliau boleh dapatkan adalah melalui internet yang ditulis pada tahun 1995.
Punca Coulrophobia
Gambar oleh Alexas_Fotos |
Terdapat beberapa punca dan spekulasi yang dilontarkan termasuklah gambaran buruk yang menjadi tipikal kepada suatu watak lalu ia terbawa-bawa hingga ke generasi berikutnya. Contoh, bila kita menyebut "profesor" secara tidak langsung kita akan berfikir bahawa dia seorang yang bijak dan berpendidikan, bila menyebut "imam" atau "paderi" terkenal sebagai seorang agamawan dan sebagainya.
Dalam hal ini, ia merujuk kepada gambaran badut sebagai "Evil Clown" atau "Clown Killer" yang dijadikan cerita seram oleh manyarakat malah ia juga dijadadikan filem untuk tontonan umum. Filem-filem ini memaparkan badut yang kelihatan menyeramkan, seperti dalam filem "It" dan "Joker,". Ia sedikit sebanyak merubah pemikiran masyarakat tentang badut yang asalnya dianggap suatu susuk yang ceria dan menghiburkan, kepada suatu susuk yang menyeramkan. Ditambah pula, kini banyak influence yang membuat video berbentuk gurauan (Prank) yang memaparkan badut pembunuh sebagai watak utamanya. Hiburan-hiburan ini menjadi penyumbang kepada peningkatan fobia terhadap badut.
Punca lain boleh terjadi disebabkan oleh trauma masa lampau. Ia juga mungkin disebabkan oleh persepsi kita terhadap badut itu sendiri bilamana kita menanam kepercayaan bahawa badut itu menyeramkan, merbahaya dan memberi ancaman. Ada kes yang jarang berlaku disebabkan oleh belajar secara tak langsung. Contohnya, mungkin anda melihat ada ahli keluarga anda yang takut akan badut lalu secara tak langsung mendidik anda bahawa badut itu sesuatu yang perlu ditakuti.
Maklumat lain
Gambar oleh tipsforwomens.org |
Menurut beberapa sumber, sesetengah pakar percaya 1 daripada 10 dewasa mengalami ketakutan terhadap badut. Satu kajian ke atas kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital mendapati bahawa kira-kira 10 daripada 1,000 kanak-kanak, kebanyakannya perempuan, takut dengan badut yang dibawa oleh hospital untuk menggembirakan mereka. Dalam sumber lain, fobia ini biasanya muncul seawal usia 3 hingga 5 tahun dan ia boleh terus dirasai higga dewasa akibat trauma yang tidak diubati. Golongan yang memiliki spesifik fobia yang lain seperti anxiety disorder juga berisiko untuk menghidap Coulrophobia.
Ada spekulasi menyatakan, ketakutan terhadap badut mungkin disebabkan oleh warna-warni mekap yang dikenakan oleh si badut. Solekan itu menyembunyikan wajah asal dan memesongkan ekspresi muka menyebabkan segelintir individu merasa kurang senang. Ia juga boleh membawa kepada isu kepercayaan atau "Trust Issue".
Walaupun begitu, The American Psychiatric Association (APA) tidak mengiktiraf coulrophobia sebagai gangguan fobia dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM). Ketakutan terhadap kostum dikelaskan dalam fobia yang spesifik dan tiada kriteria yang ditetapkan untuk mendiagnosisnya atau merawatnya. Penyedia penjagaan kesihatan boleh mengesyorkan untuk melakukan penilaian dengan profesional kesihatan mental seperti ahli psikologi. Penyedia ini mungkin mendiagnosis coulrophobia selepas menilai simptom, termasuk kesan fobia terhadap kehidupan seharian.
Gejala Coulrophobia
Gambar oleh samer daboul |
Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami Coulrophobia akan mudah cemas apabila melihat susuk badut sama ada secara fizikal atau digital melalui gambar atau video. Mereka akan cuba untuk menjauh, bersembunyi dan merasa takut yang mendalam terhadapnya. Kanak-kanak yang mengalami Coulrophobia boleh menangis dengan hanya melihat badut. Antara tanda dan gejala lain seperti Kulit menjadi pucat, panik, gelisah, dan sensasi mual-mual. Telapak tangan berpeluh dan gemetar, mulut menjadi kering, sukar bernafas, detak jantung lebih cepat dari kebiasan, muncul emosi dan ingin menangis atau berteriak-teriak ketika melihat objek yang melibatkan badut.
Kesimpulan
Gambar oleh benzoix |
Kadang-kadang sesuatu yang dianggap tidak menakutkan, mungkin sebaliknya untuk orang lain. Dalam dunia ini banyak jenis ketakutan dan fobia yang ada. Ia merupakan perkara biasa untuk memiliki perasaan takut akan sesuatu. Namun, jika perasaan itu mengganggu kehidupan sehari-hari anda, seeloknya terus berhubung dengan pakar psikologi untuk mendapatkan bantuan dan rawatan bagi mengurangkan ketakutan terhadap suatu fobia itu.
ADMIN AMAT BERBESAR HATI JIKA ANDA SUDI MEMBERI DONASI
Kredit:
Comments
Post a Comment