Benarkah pemanis tiruan lebih sihat berbanding gula?

Diet Coke Lebih Sihat?

Gambar sekadar hiasan

Pemanis tiruan atau Artificial Sweeteners juga disebut sebagai pengganti gula, merupakan satu bahan kimia yang ditambah dalam makanan atau minuman bagi menggantikan rasa manis gula asli (sukrosa). Ia sering disebut sebagai "Intense Sweeteners" kerana ia memiliki rasa manis seakan gula namun memiliki tahap kemanisan sehingga beribu kali ganda. Dengan kata lain, satu titis pemanis tiruan dalam minuman sudah cukup memberikan rasa manis yang sama seperti mencampurkan beberapa sudu gula asli, bahkan rasanya boleh berlipat kali ganda lebih manis bergantung kepada jenis pemanis yang digunakan. 

Pemanis tiruan tiada kalori

Gambar oleh freepik

Secara amnya, setiap makanan menggandungi kalori termasuk bahan makanan melibatkan herba atau tumbuhan. Pemanis tiruan dihasilakan menggunakan bahan semulajadi, herba dan gula itu sendiri. Maka, secara asasnya pemanis tiruan juga memiliki kalori yang sedikit dan boleh jadi jumlahnya setara gula asli atau lebih. Namun, disebabkan tahap kemanisannya yang tinggi maka kuantiti penggunaan yang kecil sudah mencukupi dalam penghasilan produk makanan atau minuman. Kuantiti yang digunakan dalam produk terlalu sedikit sehinggakan tidak ada kalori yang terkandung dalam produk makanan tersebut. Oleh sebab itu, Produk makanan atau minuman yang menggunakan pemanis tiruan sememangnya tiada kalori atau kalorinya tersangat rendah.

Cara pemanis tiruan bekerja

Gambar oleh Anton Malanin

Pada lidah kita memiliki banyak tunas rasa, setiap satunya memiliki reseptor untuk mengesan pelbagai rasa berbeza. Semasa makan, lidah kita akan mengesan molekul makanan tesebut dan reseptor akan menghantar maklumat ke otak untuk mengenal pasti suatu rasa tersebut. Contonya, molekul yang terkandung dalam gula adalah sesuai untuk rasa manis, molekul pada garam sesuai untuk rasa masin dan molekul dalam makan seperti jeruk atau asam sesuai untuk rasa masam.

Molekul yang terkandung dalam pemanis tiruan sepadan dan cukup serupa dengan molekul yang ada pada gula sehingga otak anda menjangkakan rasa manis padanya. Hakikatnya ia sangatlah berbeza berbanding gula dan badan anda juga tidak dapat memecahkan kalori yang ada padanya. Dengan cara inilah ia memberikan rasa manis tanpa kalori dalam tubuh anda.

Sebenarnya, ada beberapa pemanis tiruan yang memiliki struktur yang dapat dipecahkan oleh tubuh bagi menghasilkan kalori tetapi disebabkan kuantitinya yang kecil dalam penghasilan suatu produk makanan atau minuman, kita hampir tidak menggambil kalori darinya.

Kajian terhadap kesihatan dan kanser

Gambar oleh Mikael Stenberg

Pemanis tiruan menawarkan rasa manis tanpa kalori. Secara purata terdapat 12-auns untuk setiap tin minuman bersoda dengan rata-ratanya memiliki jumlah 150 kalori yang hampir kesemuanya diperoleh melalui gula. Sedangkan, jumlah yang terkandung dalam Diet Soda (yang menggunakan pemanis tiruan) memiliki jumlah yang sama namun sifar kalori. Bunyinya seperti suatu yang menyihatkan dan pilihan yang lebih baik bukan?

Sebenarnya, kajian tentang pemanis tiruan masih berada ditahap awal dan belum boleh disimpulkan secara tetap. Kajian dan penelitian menunjukkan laporan yang bercampur-campur. Contohnya, persoalan tentang pemanis tiruan dengan masalah kanser. Menurut National Cancer Institute (NIH), tidak ada bukti jelas menunjukkan perkaitan antara pemanis tiruan dengan kanser. Persoalan ini timbul setelah satu kajian dilakukan terhadap haiwan makmal yang menunjukkan kesan siklamat (cyclamate) yang dikombinasikan dengan sakarin (saccharin) telah menyebabkan kanser pundi kencing pada haiwan makmal tersebut. Namun, kajian lanjut menunjukkan tidak ada bukti jelas bahawa ia memberi kesan yang sama terhadap manusia. Begitu juga kajian yang dilakukan terhadap bahan lain yang diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) menunjukkan tiada bukti kukuh perkaitan antara pemanis tiruan dengan kanser terhadap manusia.

Kajian terhadap selera makan dan pengambilan kalori

Gambar oleh rawpixel.com

Makanan dengan pemanis tiruan menjadi pilihan popular dalam kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Kajian yang diperoleh juga berbeza dan bercampur-campur. Sesetengah orang percaya ia mampu menaikkan selera makan seterusnya meningkatkan berat badan. Ideanya apabila dikatakan pengambilan pemanis tiruan yang memiliki rasa manis namun tanpa sukrosa mampu mengelirukan otak untuk terus berasa lapar. Saintis juga berpendapat bahawa anda perlu makan lebih banyak makanan dengan pemanis tiruan untuk terus berasa kenyang. Malah, dijangka ia mampu meningkatkan keinginan terhadap makanan manis.

Namun, kajian lanjut menunjukkan sebaliknya, apabila tidak ada bukti yang menunjukkan pemanis tiruan mampu meningkatkan selera makan, serta peserta yang terlibat dalam beberapa kajian mengakui bahawa mereka tidak mudah merasa lapar dan kurang mengambil kalori setelah menggantikan gula asli dengan pemanis tiruan.

Kajian terhadap berat badan dan obesiti

Gambar oleh Towfiqu barbhuiya

Kajian menunjukkan terdapat kesan positif terhadap individu yang berlebihan berat badan atau obesiti yang menggunakan pemanis tiruan. Dalam kajian melaporkan ia dapat mengurangkan berat badan, jisim lemak dan lilitan pinggang. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minuman dengan pemanis tiruan mampu mengurangkan indeks jisim badan (BMI) sehingga 1.3 hinggan 1.7 mata serta menggunakan pemanis tiruan dalam makanan tanpa gula asli mampu mengurangkan jumlah kalori harian. Pelbagai kajian juga telah dilakukan sepanjang tempoh 4 minggu hingga 40 bulan, menunjukkan nilai penurunan berat badan sehingga 2.9 paun (1.3 kg). 

Minuman dengan pemanis tiruan mampu menjadi alternatif mudah bagi mereka yang kerap mengambil minuman ringan dan ingin mengurangkan pengambilan gula mereka. Namun, ia tidak akan merubah apa-apa jika anda kerap dengan pengambilan makanan bergula yang lain. Jika meminum minuman dengan pemanis tiruan meningkatkan keinginan anda untuk terus memakan makanan bergula, maka disarankan untuk kekal degan air biasa.

Kajian terhadap masalah diabetes atau kencing manis

Gambar oleh rawpixel.com

Ini mungkin berita gembira untuk golongan penghidap kencing manis. Dalam kajian melaporkan pemanis tiruan tidak meningkatkan paras gula dalam darah atau insulin. Namun, menurut pemerhatian meminum soda diet memungkinkan 6% hingga 121% kemungkinanan untuk menghidap diabetes. Kedengaran seperti bercanggah dan aneh, namun perlu diingatkan semula ini adalah berdasarkan pemerhatian sahaja. Ini mungkin disebabkan mereka yang suka meminum soda diet merupakan penghidap diabetes tahap 2 kerana kepercayaan mereka bahawa pemanis tiruan tidak meningkatkan paras gula dalam darah.

Setakat ini terdapat kajian kecil terhadap wanita Hispanik (merujuk kepada orang Sepanyol, negara-negara penutur Bahasa Sepanyol dan negara-negara selatan amerika) yang menunjukkan kesan negatif. Wanita yang mengambil pemanis tiruan sebelum mengambil minuman manis mempunyai paras gula 14% lebih tinggi dan kadar insulin 20% lebih tinggi, berbanding mereka yang meminum air biasa sebelum mengambil minuman manis.

Selain itu, kesannya mungkin berbeza bergantung kepada umur dan latar belakang genetik seseorang. Contohnya, menggantikan gula dengan pemanis tiruan meberi kesan yang lebih kuat kepada belia wanita Hispenik. Walaupun kajian ini tidak sebulat suara, namun secara amnya hasil kajian menunjukkan kesan yang agak positif tehadap penghidap diabetes atau kencing manis tetapi kajian selanjutnya tetap harus dilakukan.

Kajian terhadap sindrom metabolik atau sistem metabolisma badan

Gambar oleh Andrew West

Sindrom metabolik merujuk kepada sekumpulan jenis penyakit, seperti darah tinggi, gula darah yang tinggi, lemak perut berlebihan dan paras kolesterol yang tidak normal. Keadaan ini dapat meningkatkan risiko masalah kronik seperti strok, masalah jantung dan diabetes tahap 2. Sesetengah kajian menunjukkan, pengambilan minuman soda diet mampu meningkatkan risiko sindrom metabolik sehingga 36% lebih tinggi namun, dalam suatu kajian higher-quality yang lain melaporkan ia tidak memberikan sebarang kesan terhadap sindrom metabolik. 

Satu kajian yang dilakukan mendapati, penghidap obesiti atau orang lebih berat badan mengambil sama-ada satu perempat gelen (1 liter) soda biasa, soda diet, air biasa, atau susu separuh skim (semi-skimmed) setiap hari. Menjelang Akhir kajian ini yang dilakukan sekitar 6 bulan mendapati, meminum soda diet menyebabkan berat badan berkurang sehingga 17% hingga 21%. lemak perut berkurang 24% hingga 31%, 32% rendah tahap kolesterol dan 10% hingga 15% lebih rendah tekanan darah berbanding mereka yang meminum soda biasa (original). Faktanya, meminum soda diet memberi "faedah" yang sama seperti meminum air biasa.

Kajian terhadap bakteria dalam usus dan keupayaan mengawal paras gula

Gambar oleh Lakshmiraman Oza

Bakteria dalam usus memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan usus dan tubuh dari pelbagai penyakit. Dalam satu kajian untuk sakarin (salah satu jenis pemanis tiruan), menunjukkan gangguan keseimbangan bakteria dalam empat daripada tujuh peserta sihat yang tidak biasa memakan pemanis tiruan. Empat responden juga menunjukkan masalah kawalan gula darah yang lemah selepas sekurang-kurangnya 5 hari mengambil pemanis tiruan. 

Kajian diteruskan dengan memasukkan bakteria usus dari responden tersebut kedalam tikus yang sihat dan hasilnya tikus tersebut juga mengalami masalah kawalan gula yang lemah. Sebaliknya, bakteria diambil dari usus mereka yang bukan responden dan ditanam kedalam tikus lainnya, menunjukkan tidak ada sebarang perubahan untuk mengawal paras gula dalam darah. Walaupun begitu, kajian lanjut masih diteruskan.

Kajian terhadap kesihatan gigi atau kaviti gigi

Gambar oleh Anna Shvets

Kaviti gigi juga dikenali sebagai Karies atau kerosakan gigi. Ia terjadi apabila bakteria dalam mulut menapai gula, asid yang dihasilkan boleh merosakkan enamel pada gigi. Berbeza dengan gula, pemanis tiruan tidak bertindakbalas terhadap bakteria dalam mulut. ini bermaksud ia tidak menghasilkan asid atau menyebabkan kerosakan gigi. Kajian menunjukkan bahawa sucralose (salah satu jenis pemanis tiruan) kurang memberikan kesan terhadap kerosakan gigi berbanding gula. Malah, FDA sendiri telah membenarkan penggunaan bahan ini dan mendakwa ia mengurangkan kerosakan gigi. The European Food Safety Authority (EFSA) menyatakan semua pemanis tiruan jika dimakan sebagai pengganti gula dapat meneutralkan asid dan membantu mencegah kerosakan gigi. 

Kajian terhadap aspartam (aspartame, sejenis pemanis tiruan), sakit kepala, kemurungan dan sawan

Gambar oleh Andrew Neel

Sesetengah pemanis tiruan berkemungkinan menyumbang kepada masalah sakit kepala dan kemurungan. kebanyakan kajian tidak membuktikan bahawa aspartam ada kaitan dengan masalah sakit kepala, walau ada sesetengah yang mendakwa mereka sensitif terhadapnya. 

Ada juga kemungkinan aspartam terhadap kemurungan. Contohnya, individu dengan gangguan mood mungkin akan terkesan dengan kemurungan akibat tindakbalas terhadap aspartam.

Pemanis tiruan tidak memberi kesan terhadap sawan. Namun, dalam satu kajian menunjukkan peningkatan aktiviti otak terhadap kanan-kanak yang tidak memiliki sawan. Oleh itu, disarankan untuk mengurangkan atau mengelakkan penggunaan pemanis tiruan kepada kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kajian lanjut masih dilakukan.

Keselamatan dan kesan sampingan

GAmbar oleh Sincerely Media

Secara amnya, pemanis tiruan adalah selamat digunakan dan telah diiktiraf oleh beberapa agensi seperti FDA dan EFSA. Namun, ada golongan tertentu yang tidak dibenarkan menggunakan pemanis tiruan seperti penghidap fenilketonuria (phenylketonuria atau PKU). Penghidap ini tidak dapat memetabolismakan asid amino dan fenilalanin yang terdapat dalam asprtam. Oleh itu, penghidap PKU harus mengelakkan penggunaan aspartam.

Begitu juga untuk mereka yang alah terhadap sulfonamida (sulfonamides) yang terdapat dalam sakarin. Kesannya, boleh nyebabkan kesukaran bernafas, ruam dan cirit-birit. Selain itu, bukti kajian yang semakin jelas menunjukkan beberpa jenis pemanis tiruan seperti sucralose memberi kesan negatif terhadap activiti insulin dan bakteria dalam usus.

Kesimpulannya

Gambar oleh Trang Doan

Secara asasnya, pemanis tiruan memiliki kebaikan dan selamat berbanding gula asli. Namun, itu tidak bermaksud yang kita boleh mengambilnya secara kerap dan berlebihan. terdapat beberapa risiko yang perlu diteliti serta banyak kajian lain yang harus diterokai. Untuk anda yang ingin menurunkan berat badan, ingin mengurangkan penggunaan gula atau inginkan kesihatan gigi yang baik, maka amat sesuai untuk menggunkan pemanis tiruan sebagai diet harian. Walaubagaimanapun, Admin mencadangkan untuk kita kekal besederhana dalam pengambilan sama ada pemanis tiruan atau gula asli serta menjaga diet permakanan yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi.


ADMIN AMAT BERBESAR HATI JIKA ANDA SUDI MEMBERI DONASI 


Kredit



Comments

BANTU ADMIN DENGAN DONASI

MEDIA SOSIAL