Negara-negara yang paling berkuasa dalam sektor ekonomi dunia
Negara-negara G-7 (Group of Seven)
Negara-negara yang telibat dalam G-7
G-7 merujuk kepada Group of Seven iaitu satu organisasi tidak rasmi yang ditubuh bersama tujuh buah negara penguasa ekonomi terbesar dunia. Ia ditubuhkan bagi menangani pelbagai isu khusus berkaitan ekonomi dunia seperti masalah kemiskinan, kewangan dan krisis minyak dunia. Negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun.
Bagaimana G-7 berfungsi?
Gambar oleh Monstera |
G-7 adalah badan tidak rasmi yang sering berbincang dan bertindak dalam menangani isu global melibatkan ekonomi dunia. Sejak awal penubuhannya iaitu sekitar 1970an, mereka telah banyak membincangkan berkaitan pelbagai isu termasuk krisis kewangan, sistem moniteri dan krisis kekurangan minyak dunia.
G-7 juga banyak memainkan peranan dalam membantu negara membangun dalam menanggani masalah hutang negara. Pada 1996, G-7 telah bekerjasama dengan bank dunia bagi melancarkan inisiatif untuk 42 buah negara miskin yang memiliki hutang yang tinggi iaitu heavily indebted poor countries (HIPC) bersama Inisiatif Bantuan Hutang Pelbagai Hala (Multilateral Debt Relief Initiative atau MDRI).
Sekitar 40 tahun dahulu, G-7 mendakwa telah menguatkan dasar keselamatan, mengarusperdanakan perubahan iklim dan menyokong program pelucutan senjata. United Kingdom juga telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan bahan api fosil kepada sifar menjelang 2050.
Pada 1999, Negara-negara G-7 telah bersetuju untuk secara langsung terlibat dalam pengurusan kewangan antarabangsa dan mewujudkan Financial Stability Forum (FSB). FSB terdiri daripada pihak berkuasa kewangan utama negara, seperti menteri kewangan, bank pusat dan badan kewangan antarabangsa.
Sejarah awal
Gambar oleh Gerd Altmann
Sekitar 1970an telah berlaku krisis minyak yang teruk sehingga memaksa 4 buah negara mengadakan perjumpaan tidak rasmi pada 23 mac 1973. Negara-negara terlibat ialah Amerika Syarikat, Jerman Barat, Perancis dan United Kingdom. Ketika itu, Rumah Putih (White House) telah ditawarkan oleh A.S sebagai tempat perbincang seterusnya menjadikan perpustakaan di tingkat bawah banggunan itu sebagai tempat bermesyuarat. Disebabkan itu, mereka menamakan kumpulan ini sebagagai "Library Group".
Pada Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia yang diadakan pada pertengahan 1973, George Shultz (Setiausaha perbendaharaaan A.S) mencadangkan penambahan negara Jepun yang diterima oleh semua ahli. Penambahan ahli ini telah mengubah nama kumpulan ini kepada Group of Five (G-5).
Pada November 1975 telah dilangsungkan sidang kemuncak yang bertuan rumahkan Perancis. Ia bagi membincangkan pelbahagia isu ekonomi utama, termasuk krisis minyak, keruntuhan sistem Bretton Woods, dan kemelesetan global yang berterusan. Perancis telah menjemput Group of Five dan Itali dalam persidangan tiga hari itu. Lalu terbentuklah Group of Six (G-6).
Pada 1976, Kanada yang dipimpin oleh Pierre Trudeau telah dipersetujui oleh ahli G-6 untuk ditambah dalam organisasi tidak rasmi itu. Penambahan Kanada adalah disebabkan Pierre memiliki pengalaman yang cukup luas dalam politik malah Kanada juga merupakan negara dengan ekonomi terbaik selepas G-6. Maka Wujudlah organisasi Group of seven (G-7).
Pada 1994, selapas sidang media yang diadakan di Naples, Itali. Organisai G-7 dan Rusia telah mengadakan perjumpaan berasingan yang digelar "Political 8" (P8). Russia pada awalnya dijemput sebagai pemerhati dan tetamu lalu pada 1997, Rusia dijemput untuk kemesyurat seterusnya dan dilantik secara rasmi dalam organisasi itu pada tahun berikutnya. Setelah perlantikan itu, G-7 telah ditukar nama kepada G-8.
Pelucutan Rusia dalam G-8
Gambar oleh jannoon028 |
Pada Mac 2014, telah berlaku konflik antara dua buah negara kejiranan iaitu Rusia dan Ukraine. Konflik yang terjadi disebabkan pengambil alihan wilayah Crimea milik Ukraine oleh pihak Rusia. Tindakan ini dianggap salah oleh undang-undang dunia dan G-8. Dengan itu, keahlian Rusia dalam G-8 dilucutkan serta merta dan menggantikan semula nama organisasi itu ke G-7
Pada tahun berikutnya, negara-negara G-7 telah menyatakan keterbukaan untuk membenarkan Rusia kembali menyertai organisasi itu. Namun begitu, pada 2017 Rusia menyatakan pemergian tetapnya dan tidak akan kembali. Pada tahun berikutnya, Rusia sekali lagi disekat oleh G-7 atas campur tangan negara itu tehadap Ukraine. Pada 2020, Presiden A.S. Donald Trump, disokong oleh Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte, menyokong kepulangan Rusia namun kesemua ahli lain menolak cadangan itu, dan Rusia juga tidak menyatakan minat untuk kembali menyertai organisasi itu.
Kenapa China tidak terlibat dalam G-7?
China ketika ini merupakan penguasa ekonomi kedua terbesar dunia malah ada pengkaji ekonomi meramalkan bahawa China bakal mengambil alih selaku penguasa ekonomi dunia dari Amerika Syarikat menjelang 2050. Disini mungkin timbul persoalan mengapa China tidak terpilih untuk menyertai organisasi G-7 dan ada kemungkinankah untuk China menyertai G-7 di masa hadapan?
China sememangnya layak untuk menyertai G-7 atas beberapa faktor seperti populasi yang tinggi iaitu 18% populasi dunia adalah di China, Merupakan penguasa ekonomi kedua terbesar dunia selepas A.S dari segi KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), dan penguasa terbesar dunia dalam Purchasing Power Parity (Pariti Kuasa Beli) serta Negara keempat paling besar dari segi keluasan.
Menurut beberapa sumber, China sememangnya memiliki ekonomi kedua terbesar dari segi KDNK nominal keseluruhan namun KDNK per kapita dan kekayaan per kapita China adalah dibawah negara-negara G-7. KDNK per kapita rata-rata negara G-7 ialah 45,000 manakala China sekadar 9,000. Menurut IMF dan Bank dunia, China dikategorikan sebagai negara membangun mankala negara G7 adalah negara-negara yang maju.
China juga agak ketinggalan dalam Indeks pembangunan Manusia. Ditambah pula, China bukan negara demokrasi dan mengamalkan sistem politik yang berasaskan Komuninisme dengan satu parti komunis memimpin negara. Oleh itu, agak sukar ketika ini untuk China menyertai organisasi G-7, Namun dimasa hadapan segalannya boleh berlaku. Lagikan pula, ekonomi China yang ketika ini membangun dengan sangat cepat dan pesat serta kedudukan China ketika ini yang berada dalam kelompok G-20 bersama 20 buah negara lain.
ADMIN AMAT BERBESAR HATI JIKA ANDA SUDI MEMBERI DONASI
Kredit
Comments
Post a Comment