Gelaran khas untuk mereka yang obsesi melampau terhadap Jepun
Weeaboo, Japanophile dan Otaku
Gambar sekadar hiasan |
Maksud Weeaboo
Secara ringkasnya, Weeaboo atau singkatannya Weebs merupakan gelaran yang ditujukan kepada orang-orang "bukan Jepun" yang sangat taksub dengan budaya dan segala hal yang melibatkan Jepun. Weeaboo kebiasaannya digunakan dalam betuk yang agak negatif dan merendahkan seseorang. Hal ini disebabkan golongan Weeaboo memiliki obsesi yang melampau terhadap Jepun sehinggakan mencapai tahap obsesi yang tidak sihat. Dalam kes yang lebih kritikal, golongan Weeaboo sanggup mengenepikan budaya dan bangsa asal mereka demi mengabdikan diri kepada budaya Jepun. Seperti menukar nama kepada bahasa Jepun, merendahkan budaya dan bangsa asal mereka, mengidolakan makanan-makanan Jepun dan lain-lain. Mereka ini biasanya fokus untuk mencintai sesuatu yang popular pada Jepun seperti anime dan manga. Mereka ini juga sering menganggap budaya Jepun adalah yang terbaik melebihi budaya lain dan mereka bercita-cita untuk menjadi orang Jepun itu sendiri, walaupun hakikatnya pengetahuan mereka tentang masyarakat Jepun itu sendiri sebenarnya cetek.
Asal usul Weeaboo
Gambar oleh pbfcomics.com |
Perkataan Weeaboo asalnya tidak digunakan untuk melambangkan ketaaksuban terhadap budaya Jepun. Namun, ia awalnya muncul pada sebuah petikan komik oleh Nicholas Gurewitch iaitu "Perry Bible Fellowship" yang mula diperkenalkan sekitar tahun 2001. Dalam komik tersebut, perkataan Weeaboo digunakan untuk sesuatu yang tidak berguna atau tidak menyenangkan, walaupun sebenarnya perkataan Weeaboo itu sendiri tidak memiliki apa-apa makna.
Pada 2003 sebuah laman forum terkenal iaitu 4chan telah memperkenalkan perkataan "Wapanese" iaitu campuran Wannabe dan Japanese. Wapanese merupakan satu ejekan dan hinaan kepada orang kulit putih yang terlalu gemar dengan Jepun. Terutama untuk budaya popular seperti anime, manga dan hentai. Perkataan Wapanese akhirnya ditambah pada Racial Slur Database pada 2004 sebagai sebuah kata kesat. Pada 2005 perkataan Wapanese mula popular dikalangan komuniti 4chan, ia telah memaksa moderator 4chan untuk menggunakan penapis khas yang berfungsi untuk merubah perkataan Wapanese kepada perkataan Weeaboo. Perkataan Weeaboo mula tersebar ke laman sesawang lain dan kini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Maksud Japanophile
Gambar oleh Gatot Adri |
Japanophile memiliki maksud yang lebih kurang sama seperti Weeaboo cuma ia digunakan dengan lebih neutral dan baik. Japanophile ialah golongan yang memiliki minat yang luas tehadap segala hal melibatkan Jepun. Perbezaan antara Weeaboo dan Japanophile adalah golongan Weeaboo lebih fokus kepada sesuatu yang popular seperti anime dan manga serta mereka meminati Jepun dalam cara yang tidak wajar atau melampaui batas. Sedangkan, Japanophile pula merupakan golongan yang memiliki keinginan dan ketertarikan terhadap keseluruhan hal melibatkan Jepun.
Japanophile memiliki minat yang mendalam terhadap budaya Jepun. Mereka akan menonton anime dan membaca manga. Namun itu, tidak semestinya mereka ini taksub terhadapnya. Ia mungkin disebabkan keinginan mereka untuk mengetahui dan mendalami lebih banyak berkaitan budaya Jepun. Mereka ini suka untuk mempelajari bahasa Jepun, Memasak masakan jepun dan mendalami budaya jepun. Golongan ini, mencintai Jepun dengan cara yang lebih besederhana namun memiliki minat yang cukup mendalam. Mereka ini kebiasaanya golongan yang dianggap cendekiawan atau berpendidikan berbanding golongan weeaboo dan otaku.
Asal usul Japanophile
Gambar oleh ljweb |
Secara ringkas, Japanophile mula wujud sekitar penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19. Ketika itu, Carl Peter Thunberg dan Philipp Franz von Siebold telah memperkenalkan flora Jepun, karya seni dan beberapa objek yang dibawa dari Jepun ke Eropah. Dari sini mulanya minat orang Eropah terhadap Jepun. Salah seorangnya ialah Lafcadio Hearn iaitu seorang pengarang ireland-greek yang menetap di Jepun dan seorang pegawai tentera Perancis yang memainkan peranan besar dalam perang Boshin Jepun iaitu Jules Brunet.
Maksud Otaku
Gambar oleh Tania Van den Berghen |
Otaku pula merujuk kepada orang-orang Jepun dan bukan Jepun yang terlalu taksub terhadap anime, ia juga melibatkan permainan video, lukisan, lagu atau segala macam hal yang berkaitan anime. Ada sumber mengatakan Otaku merujuk kepada golongan yang gigih belajar dan menghabiskan banyak waktu untuk belajar sesuatu subjek. Namun, kebiasaanya ia merujuk kepada seseorang yang obsesif terhadap anime dan manga. Dengan kata lain otaku ini seperti Fanboy. Perkataan ini juga sering digunakan dalam bentuk yang negatif dan menjijikan.
Asal usul Otaku
Gambar oleh Fachy MarÃn |
Otaku merupan slanga untuk "Geek" atau "Nerd". Pada 1970an hingga 1980an, industri anime dan manga berkembang pesat di Jepun sehingga wujud komuniti, kumpulan dan konvensyen peminat secara besar-besaran. Peminat-peminat anime dan manga menggunkan perkataan Otaku sebagai kata hormat sesama mereka. Seorang penulis Jepun bernama Nakamori Akio telah mempopularkan perkataan otaku dalam artikel majalah tahun 1983. Dalam artikel itu, Nakamori dengan tajam mengejek budaya Otaku lalu mendorong maksudnya kearah yang lebih "Dork" atau biadap, itu mewujudkan anggapan yang hina dan buruk.
Istilah Otaku makin tercalar setelah pembunuhan mengerikan oleh Tsutomu Miyazaki pada akhir 1980an. Tsutomu Miyazaki merupakan pembunuh bersiri yang juga dikenali sebagai Pembunuh Otaku disebabkan oleh lambakan bahan bacaan manga dan anime yang dimilikinya. Media Jepun mengaitkan ketidakstabilan mental dengan kecenderungan Otakunya dan mendakwa minat melampau terhadap anime menyebakan seseorang itu antisosial. Tindakan Tsutomu Miyazaki juga telah mewujudkan persepsi buruk terhadap Otaku dan peminat anime atau manga. Mereka ini menjadi kambing hitam yang dicop sebagai penyendiri dan menyeramkan.
Di Jepun kini, perkataan Otaku secara meluas digunkan dengan cara yang kasar dan keji. Ia digunkan untuk golongan yang taksub pada tahap yang merosakkan atau tidak normal. Walaubagaimanapun, jika sekadar menonoton anime atau membaca manga tidaklah dianggap sebagai otaku.
Apabila budaya Jepun mula masuk ke Amerika Syarikat termasuk Anime dan manga. Penggunaan Otaku mula tersebar secara meluas, namun sedikit berbeza jika dibandingkan di Jepun. Di Amerika Syarikat, mereka menggunkakan perkataan Otaku dalam keadaan yang lebih baik malah ada antara mereka yang mengakuinya secara terang-terangan. Namun, perbezaan penggunaan ini menyebabkan ada segelintir masyarakat yang kurang gemar atau tidak selesa dalam penggunaan perkataan Otaku.
ADMIN AMAT BERBESAR HATI JIKA ANDA SUDI MEMBERI DONASI
Kredit:
Comments
Post a Comment