Benarkah pemanis tiruan lebih sihat berbanding gula?
Diet Coke Lebih Sihat? Gambar sekadar hiasan Pemanis tiruan atau Artificial Sweeteners juga disebut sebagai pengganti gula, merupakan satu bahan kimia yang ditambah dalam makanan atau minuman bagi menggantikan rasa manis gula asli (sukrosa). Ia sering disebut sebagai "Intense Sweeteners" kerana ia memiliki rasa manis seakan gula namun memiliki tahap kemanisan sehingga beribu kali ganda. Dengan kata lain , satu titis pemanis tiruan dalam minuman sudah cukup memberikan rasa manis yang sama seperti mencampurkan beberapa sudu gula asli, bahkan rasanya boleh berlipat kali ganda lebih manis bergantung kepada jenis pemanis yang digunakan. Pemanis tiruan tiada kalori Gambar oleh freepik Secara amnya, setiap makanan menggandungi kalori termasuk bahan makanan melibatkan herba atau tumbuhan. Pemanis tiruan dihasilakan menggunakan bahan semulajadi, herba dan gula itu sendiri. Maka, secara asasnya pemanis tiruan juga memiliki kalori yang sedikit dan boleh jadi jumlahnya se